Friday, May 6, 2011

Wow comelnya kucing















Thursday, May 5, 2011

Ibu engkau sumber ilhamku

  Selamat Hari Ibu 




Setiap orang memiliki ibu. Tiada manusia yang lahir didunia tanpa ibu.
Jika kita masih mempunyai ibu saat ini, hargailah ibu anda, jika yang
telah ketiadaan ibu di saat ini, maka panjatkan doa agar rohnya dicucuri rahmat
dan sentiasa di dalam lindungNYA.





Selamat Hari Ibuku ~ Puan Hamimah ~


Mak, selamat hari ibu, orang rasa bertuah sangat dapat seorang ibu macam mak.
Mak sentiasa ada disisi orang, sentiasa memahami orang, sayangkan orang dan mak segalanya pada orang. Mak seorang ibu yang terbaik, tiada ibu yang terbaik selain mak. Masa orang gagal amik lesen kereta. Mak orang pertama yang orang call, masa orang call, mak tenang jer. Mak kata, dah gagal nak buat macam mana. Mak siap pesan lagi, kuatkan semangat, tenang & jangan gemuruh, baca doa, insyaALLAH semua akan berjalan lancar. Pastu bila orang buat ujian sebelah petangnya, orang lulus. Alhamdulillah. Mak slalu bagi orang semangat, kalau orang sedih, mak pujuk orang dengan senyuman. Bila orang stress, mak slalu tenang saja. 


Orang ingat lagi, masa orang amik keputusan nak berhenti kerja dekat pejabat yang pertama orang menimba ilmu di alam pekerjaan. Semua bantah, tapi mak saja yang setuju, mak kata, kalau sudah tak tahan dengan tekanan kerja, kenapa perlu paksa diri. Tiada guna duit @ gaji yang tinggi jika kesihatan terabai, tiada masa untuk diri sendiri dan tak gembira dengan kerja itu. Keikhlasan dalam membuat sesuatu perkara itu amat penting. Jangan mahukan kerja itu hanya kerana gaji yang tinggi, Makin besar gaji yang miliki makanya makin besar tanggungjawab yang dipikul dan makin besar masalah yang kena ditanggung. 


Kata mak lagi, orang lain boleh membantah dan beri pandangan mereka, tapi mereka tiada di keadaan dan situasi yang orang alami, kerana hanya orang saja yang akan hadapi situasi itu. Mak juga kata, orang lain hanya mampu melihat dan meramal apa yang terjadi pada orang, tapi adakah orang lain itu mengetahui apa kebenaran serta memahami apa yang terjadi. Makanya mak berpesan, tidak perlu mengambil hati dengan apa yang orang lain katakan, kerana hanya mak saja yang memahami anaknya. Tetapi mana pendapat yang baik diambil dijadikan sumber ilmu untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik, manakala pendapat yang menjatuhkan kita diambil untuk dijadikan sempadan. 


Selain itu juga, mak berpesan mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya, selama hampir 4 tahun bekerja di situ pelbagai ilmu yang telah ditimba. Mungkin rezeki orang hanya di pejabat itu hanya sampai setakat itu. Malahan rezeki ada dimana-mana saja. Allah s.w.t itu Maha Adil. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya dan mereka hanya mahu melihat anak-anaknya gembira dan berbahagia sentiasa. Mak orang sayang kan mak sesangat. Orang tak mampu nak ucap dengan kata-kata, orang hanya menyampaikan dengan cara yang begini. Orang tahu, mak juga tak suka anak-anaknya sambut Hari Ibu, kerana bagi mak, kalau nak sayang mak, tidak perlu tunggu hari ibu tapi sayang lah setiap detik, setiap saat, setiap ketika, malahan kata mak, mak tak perlukan intan permata, wang ringgit dan hadiah sebagai ukuran tapi yang mak perlukan kasih sayang seorang anak, anak-anak yang soleh dan solehan yang sentiasa mendengar kata dan berada disisi mak. Wang ringgit dan kemewahan tidak mampu membeli sebuah kebahagian dan kasih sayang. 


~ Mak orang tahu, mak tak pernah buka blog dan laman sosial tapi orang yakin, tanpa mak membuka laman ini pun mak tetap akan mengetahui dan memahami naluri orang dan apa yang orang tuliskan ini. Orang sentiasa sayang kan mak. ~ Naluri hatiku~ 





Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:Sedih,Gembira,Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
~Nukilan dah berapa tangan dah~



Wednesday, April 27, 2011

Keburukkan Minuman Berais




Kesan Minum AIS

Dalam kehidupan seharian kita, kadang kala kita lupa akan benda-benda yang remeh, kerana kita rasa ianya tidak penting, tetapi perkara yang remah lah yang menyebabkan hidup kita menjadi sulit dan susah apabila tidak di ambil berat. Sama juga seperti AIS, setiap masa dan setiap sedetik, kita mesti meminum minuman yang berais kan. Andai kata  tidak selalu tapi kita masih mengambil minuman yang berais kan. Begitu juga dengan saya, tapi kenapa kita suka ?? hanya individu mereka yang merasainya sahaja yang akan memahami. Adakalanya, minum minuman yang berais untuk mendapatkan kelegaan, kepuasan, kesejukkan atau kenikmatan. Setiap manusia mempunyai sebab yang tersendiri kan. Namun kita harus berwaspada kerana AIS memberikan kesan yang buruk pada badan kita.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... 

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. 
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah 
akan mendapat faedah dari amalan ini. 

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.   Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak 
yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.   
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. 
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.    

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! 

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.   
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.   
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada 
serangan pertama  serangan jantung.   
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..   
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... 
Mudah-mudahan.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa kita semua !!!!. 




Thursday, April 21, 2011

Andainya lelaki tahu naluri wanita






Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
=======================================================================
WANITA 
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjungi
Tapi dekat dibahu untuk dilindugi
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duaniwi



Friday, April 15, 2011

Antara golongan yang masuk Syurga tanpa dihisab dan diseksa


Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wasallam diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.
Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu?  Mereka ialah:
  1. Orang-orang yang tidak menjampi,
  2. Orang-orang yang tidak pernah minta dijampi,
  3. Orang-orang yang tidak meramal,
  4. Orang-orang yang hanya bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.
Hadithnya seperti berikut:
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  ”Telah diperlihatkan kepadaku ummat-ummat terdahulu, maka saya melihat ada seorang nabi yang disertai dengan rombongan kecil, ada seorang nabi yang disertai dengan satu dua orang sahaja, bahkan ada seorang nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun.  Kemudian terlihat olehku satu rombongan besar yang kusangka mereka adalah ummatku, namun dikatakan kepadaku:  ”Ini adalah Musa dan kaumnya, tetapi lihatlah ke ufuk sana.”  Kemudian kulihat ke ufuk itu dan tiba-tiba kulihat rombongan yang besar, lantas dikatakan kepadaku:  ”Lihatlah ke ufuk yang lain”; di sana kulihat satu rombongan besar kemudian dikatakan kepadaku:  ”Ini adalah ummatmu dan di dalamnya ada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa lebih dahulu.”  Beliau lalu bangkit dan masuk ke dalam rumah.  Maka orang-orang ramai membicarakan masalah orang-orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa lebih dahulu.  Salah seorang dari mereka berkata:  ”Barangkali mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”  Ada pula yang berkata:  ”Barangkali mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam keadaan Islam kemudian mereka tidak mempersekutukan ALLAH.”  Dan mereka memperkirakan yang macam-macam.  Kemudian Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam keluar dan bersabda kepada mereka:  ”Apa yang sedang kalian bicarakan?”  Kemudian mereka menceritakannya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Maka Baginda sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  ”Mereka itu adalah orang-orang yang tidak menjampi, mereka yang tidak pernah minta dijampi, mereka yang tidak meramal dan hanya kepada Tuhan sahaja mereka bertawakkal.”  Kemudian `Ukkasyah ibn Mihshan berkata berkata:  ”Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.”  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:  ”Kamu termasuk golongan mereka.”  Lantas berdirilah orang lain seraya berkata:  ”Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.”  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:  ”Kamu telah didahului oleh `Ukkasyah.”  (HR al-Bukhari dan Muslim)
Peristiwa Hari Hisab dan seksa Neraka tersangat dahsyat.  Betapa beruntungnya orang-orang yang bilangannya 70,000 orang ini yang mendapat keistimewaan ini, iaitu bebas dari dihisab dan diseksa terlebih dahulu.  Mereka terus masuk ke Syurga dan menikmati keseronokan di sana, subhanALLAH.
Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kumpulan ini.  Untuk itu:
  1. Jauhilah dari terlibat dengan jampi-menjampi.
  2. Jauhilah dari meminta orang lain menjampi kita.
  3. Jauhilah dari terlibat dan percaya kepada sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai meramal seperti meramal nasib, meramal jodoh dan lain-lain lagi walaupun dengan tujuan main-main atau seronok-seronok.
  4. Jadilah hamba ALLAH yang sentiasa bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.  Iaitu menyerahkan semua urusan kepada ALLAH selepas meletakkan perancangan dan usaha yang sungguh-sungguh.
WAllahu Ta`ala A`lam.

Bertemu dengan orang yang salah?



Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..