Thursday, May 5, 2011

Ibu engkau sumber ilhamku

  Selamat Hari Ibu 




Setiap orang memiliki ibu. Tiada manusia yang lahir didunia tanpa ibu.
Jika kita masih mempunyai ibu saat ini, hargailah ibu anda, jika yang
telah ketiadaan ibu di saat ini, maka panjatkan doa agar rohnya dicucuri rahmat
dan sentiasa di dalam lindungNYA.





Selamat Hari Ibuku ~ Puan Hamimah ~


Mak, selamat hari ibu, orang rasa bertuah sangat dapat seorang ibu macam mak.
Mak sentiasa ada disisi orang, sentiasa memahami orang, sayangkan orang dan mak segalanya pada orang. Mak seorang ibu yang terbaik, tiada ibu yang terbaik selain mak. Masa orang gagal amik lesen kereta. Mak orang pertama yang orang call, masa orang call, mak tenang jer. Mak kata, dah gagal nak buat macam mana. Mak siap pesan lagi, kuatkan semangat, tenang & jangan gemuruh, baca doa, insyaALLAH semua akan berjalan lancar. Pastu bila orang buat ujian sebelah petangnya, orang lulus. Alhamdulillah. Mak slalu bagi orang semangat, kalau orang sedih, mak pujuk orang dengan senyuman. Bila orang stress, mak slalu tenang saja. 


Orang ingat lagi, masa orang amik keputusan nak berhenti kerja dekat pejabat yang pertama orang menimba ilmu di alam pekerjaan. Semua bantah, tapi mak saja yang setuju, mak kata, kalau sudah tak tahan dengan tekanan kerja, kenapa perlu paksa diri. Tiada guna duit @ gaji yang tinggi jika kesihatan terabai, tiada masa untuk diri sendiri dan tak gembira dengan kerja itu. Keikhlasan dalam membuat sesuatu perkara itu amat penting. Jangan mahukan kerja itu hanya kerana gaji yang tinggi, Makin besar gaji yang miliki makanya makin besar tanggungjawab yang dipikul dan makin besar masalah yang kena ditanggung. 


Kata mak lagi, orang lain boleh membantah dan beri pandangan mereka, tapi mereka tiada di keadaan dan situasi yang orang alami, kerana hanya orang saja yang akan hadapi situasi itu. Mak juga kata, orang lain hanya mampu melihat dan meramal apa yang terjadi pada orang, tapi adakah orang lain itu mengetahui apa kebenaran serta memahami apa yang terjadi. Makanya mak berpesan, tidak perlu mengambil hati dengan apa yang orang lain katakan, kerana hanya mak saja yang memahami anaknya. Tetapi mana pendapat yang baik diambil dijadikan sumber ilmu untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik, manakala pendapat yang menjatuhkan kita diambil untuk dijadikan sempadan. 


Selain itu juga, mak berpesan mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya, selama hampir 4 tahun bekerja di situ pelbagai ilmu yang telah ditimba. Mungkin rezeki orang hanya di pejabat itu hanya sampai setakat itu. Malahan rezeki ada dimana-mana saja. Allah s.w.t itu Maha Adil. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya dan mereka hanya mahu melihat anak-anaknya gembira dan berbahagia sentiasa. Mak orang sayang kan mak sesangat. Orang tak mampu nak ucap dengan kata-kata, orang hanya menyampaikan dengan cara yang begini. Orang tahu, mak juga tak suka anak-anaknya sambut Hari Ibu, kerana bagi mak, kalau nak sayang mak, tidak perlu tunggu hari ibu tapi sayang lah setiap detik, setiap saat, setiap ketika, malahan kata mak, mak tak perlukan intan permata, wang ringgit dan hadiah sebagai ukuran tapi yang mak perlukan kasih sayang seorang anak, anak-anak yang soleh dan solehan yang sentiasa mendengar kata dan berada disisi mak. Wang ringgit dan kemewahan tidak mampu membeli sebuah kebahagian dan kasih sayang. 


~ Mak orang tahu, mak tak pernah buka blog dan laman sosial tapi orang yakin, tanpa mak membuka laman ini pun mak tetap akan mengetahui dan memahami naluri orang dan apa yang orang tuliskan ini. Orang sentiasa sayang kan mak. ~ Naluri hatiku~ 





Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:Sedih,Gembira,Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
~Nukilan dah berapa tangan dah~



2 comments:

so cweet!! mmg pjg krngn die..dpt idea ye.. ekeke :p

hahaha... idea mencurah2 keladang gandum.. hehehe

Post a Comment