Sahabat Sejati ..
Dalam kehidupan seharian, kita amat memerlukan sahabat untuk menyempurnakan hari-hari kita..Selain keluarga, sahabat juga amat bernilai dalam kehidupan kita. Tanpa sahabat kita akan merasakan tidak lengkap hidup ini, ibarat masakan tanpa garamnya...Tiada serinya...Sahabat juga seperti pelangi yang muncul selepas hujun yang turun..Begitu indahnya pelangi, begitu juga indahnya sahabat..Walaupun kita tidak selalu ada bersama sahabat kita tapi mereka sentiasa di hati dan di minda kita..Setiap perbuatan kita, kita akan terkenang setiap detik, masa dan kenangan yang di lalui bersama-sama sahabat, kerana masa kita sering dihabiskan bersama-sama sahabat apabila kita berada diluar "rumah"..Adakala dan ketikanya kita tidak dapat bersama sahabat, bukan keran kita mementingkan diri sendiri @ tidak mahu luang kan masa bersama mereka tetapi keadaan dan ketika memaksa kita tidak bersama mereka..Walaubagaimanapun sahabat tetap dihati.... Tapi adakalanya kita tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna kerana manusia tiada yang sempurna dan ada khilafnya...Kita hanya insan biasa...Kekadang kita berusaha menjadi sahabat yang terbaik namun masih tidak sempurna kerana kita tidak boleh menjadi seseorang yang lain..Kita hanya boleh menjadi diri kita sendirikan..Namun kita tetap berusaha untuk memuaskan semua kehendak agar menjadi sahabat sejati..Sekali kita bersahabat selamanya kita bersahabat dan terus menjadi sahabat SEJATI...InsyaALLAH....
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
SAHABAT SEJATI ...DULU, KINI DAN SELAMANYA ... INSYA ALLAH...AMIN.....
0 comments:
Post a Comment